Friday, February 4, 2011

:: ana akhukum fil ISLAM ::

hari Jumaat yang mulia ni aku terajak untuk sama2 renung2 apa yang terjadi hari ni...mungkin kalau aku mula singkap cerita-cerita "macam basi" begini...sinis akan terdengar aku semacam  "promote" diri nak tunjuk baik...byk kali aku nak bikin cerita ni tapi x jadi2 sbb aku "bodoh" fikirkan apa yang manusia akan fikir...hahahahahah...tapi kali ni aku nekad utk sama2 berkongsi dan berfikir...~

aku bukan lah orang baik2..aku sedar...ilmu cetek..dosa bertimbun...hidup x tentu arah dan jauh sekali nk jadi ustad...tapi aku ada sikit kesedaran...walaupun selebihnya byk yang aku lupa...sedar atau tidak hari ni dunia ISLAM sedang bergolak yang menuntut kepada sebuah kebangkitan...dan kita yang menadah cerita2 ni adalah MUSLIM...aku fokuskan kepada apa yang terjadi di MESIR hari ni...byk yang aku baca dan telek hari ke hari...kadang2 aku rasa teruja..kadang2 aku rasa gembira dan kadang2 aku rasa takut dan sedih...aku rasa x layak utk katakan ini dengan ilmu setitis ni..tp di atas kapasiti berkongsi akidah yang sama dan secubit iman yang masih melekat aku pohon kita renungkan
bersama..~





semua orang tahu apa yang terjadi di TUNISIA dan kini d MESIR...xperlu lah aku nk huraikan byk2 tentang keadaan nya sbb semua dah al maklum siapa antagonis dan siapa protagonis dlm kekalutan ni...yang mana watak pipih dan yang mana watak bundar...fokusnya ini adalah satu intifadha dunia ISLAM yang menuntut keadilan demi ALLAH...dan kita yang aman(belum tentu lagi) di sini bernadikan akidah yang sama...apa yang kita rasa sekarang??kawan-kawan...demi ALLAH aku rasa sangat sedih sebab aku ISLAM walaupon compang camping dan tempang tapi aku kat sini x boleh buat apa2...sekadar melempar doa basi yang x tahu dari mana dasarnya..sedangkan MUSLIM MESIR bersabung nyawa bermandi darah atas nama ISLAM..agama KITA...hebatnya mereka...ramai yang insya'Allah mendapat hadiah SHAHID..subhanaAllah...~

disini kita masih berbicara tentang politik kita...aku mual utk sentuh isu ini..kotor dan bermuslihat...semua atas kepentingan...ini ada satu cerita benar dan kelakar yang aku terbaca...tentang misi selamatkan rakyat kita di mesir yg kebanyakkannya pelajar...headline ceritanya berbunyi begini..."MISI SELAMATKAN TENGKOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO"....hahahahahahaha....aku dalam politik buat masa ni x pro mana2 parti...tp mungkin kalau di suruh mengundi hari ini aku sudah ada pilihan...perlukah propaganda macamni bro??...macam shial je bila aku baca...salahnya bukan atas dasar parti tu tapi aku kesian dgn manusia2 jumud penyokong2 parti yang kadangnya bangang...baik merah ke hijau ke biru ke....kadang2 dasar parti tu betol...pemimpin pon ada yang bagus2 atas perjuangan masing2...tp penyokong taklik buta yang bangang tu kadang2 makin aku kesian...kita x payah cerita la pasal pemimpin korup...penipu dan sebagainya(in fact aku benci nak cerita sbb smua orang tau)...tp kita yang di bawah2 ni sudah2 la..HOI..yang kita bantu tu siapa??saudara ISLAM kita...yang berjuang tu siapa??demi apa??atas nama apa??bodoh...xpaham lagi ke??

aku nak ceritakan sikit pasal ber-taklik ni...aku x byk ilmu tapi aku belajar...kadang2 kita mudah2 dengar percaya dan yakin...dan terus menjadi hujah tanpa outoriti...aku benci untuk berbual dgn orang2 begini...cthnya aku ada bersembang ttg isu politik negara dgn seorang rakan...dan tersebut la satu benda iaitu "mubahalah"..kenapa itu kenapa ini...aku x nak cite pasal benda tu cuma yang aku nak cerita bila kita bercakap dengan orang x ada ilmu ni kadang2 susah lagi2 kalau jenis degil dan taksub...last2 kita yang jadi terpinga2 macam orang bodoh...aku kesian tgk orang2 taklik buta berhujah...aku bukan mengutuk tapi aku nampak mereka bodoh sebab aku BELAJAR...untungnya punya sedikit ilmu bersama outoriti..~

akhir petang ni aku seru dan mohon demi nama ISLAM cukup2 lah berpecah kerana sentimen2 yang nampak hebat tetapi sebenarnya bodoh...demi ALLAH TUHAN kita yang satu...atas nama ISLAM...kita bersatu menentang laknatuAllah israel..laknatuAllah-laknatuAllah yang kejam sebagaimana HEBATnya MUSLIM MESIR harini..darah mereka ada nilai di sisi ALLAH...aku tau mesti ramai yang berkobar2 semangat JIHAD dengan apa yang terjadi di MESIR walaupun bersama hina dina hamba pendosa...ambil lah masa untuk bersolat hajat dan berdoa utk mereka...itu saja yang kita mampu buat masa ini...TOLONG lah berdoa utk mereka dan keselamatan rakyat kita disana....TOLONG lah berdoa demi nama ISLAM....TOLONG lah bersolat hajat utk bantu mereka...TOLONG lah bersolat hajat utk kuatkan mereka...TOLONG lah berdoa agar ISLAM tertegak....TOLONG lah demi ISLAM.....(T_T)


Telah diwajibkan atas kamu berperang (jihad), padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Dan bisa jadi kamu membenci sesuatu, padahal sesuatu itu baik bagimu. Dan bisa jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal sesuatu itu buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

No comments:

Post a Comment